20120522

MAHA.NS 2012


Dimaklumkan bahawa kerajaan Negeri Sembilan akan menganjurkan MAHA.NS 2012 sempena Hari Peladang, Penternak dan Nelayan serta Sambutan Minggu Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) pada 25 Jun hingga 1 Julai 2012 bertempat di bekas tapak Kem Paroi, Seremban, Negeri Sembilan.

Sehubungan itu Unit Perancang Ekonomi Negeri akan menyewakan sebanyak 36 ruang niaga untuk usahawan PKS Negeri Sembilan (Bumiputera) di dalam khemah khas.

Berikut butiran penyewaan seperti di bawah.

Ukuran ruang niaga : 3 meter x 3 meter
Harga sewaan : RM1,200.00
Bilangan hari : 7 hari

Bagi usahawan PKS N.Sembilan yang berminat untuk menyertai pameran ini, sila datang dengan membawa wang tunai sebanyak RM1,200.00 ke Unit Perancang Ekonomi Negeri, Pejabat Setiausaha Kerajaan, Tingkat 5 , Blok D, Wisma Negeri, 70503 Seremban, Negeri Sembilan.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan sila berhubung dengan En Mohd Zulazly atau Puan Suzana di talian 06-7659969.

Penyertaan adalah terhad, sekiranya terdapat lebihan permintaan. Usahawan yang lewat mendaftar akan di tempat ke dalam ruang niaga yang lain sekiranya masih mempunyai kekosongan.

* Penempatan usahawan PKS ke dalam khemah khas akan dinilai oleh pegawai usahawan UPEN.NS terlebih dahulu bagi memastikan usahawan PKS N.Sembilan yang bersesuaian (sekurang-kurangnya mempunyai bengkel pengeluaran, pejabat urusan, atau kilang kecil).

Tiada ulasan: