20120227

SKIM PEMBIAYAAN DAN JAMINAN KREDIT

Para Usahawan Yang Di Hargai,

SKIM PEMBIAYAAN DAN JAMINAN KREDIT DARI CREDIT GUARANTEE CORPORATION MALAYSIA BERHAD (CGC):

Sukacita kami ingin mengalu-alukan tuan/puan untuk memohon skim-skim dibawah (mengikut mana yang sesuai):

~ Enhancer-i (Skim Jaminan)
~ Enhancer Direct (Skim Jaminan)
~ Tabung Projek Usahawan Bumiputera-i (Skim Pembiayaan)

Jabatan Pembangunan Bumiputera,
Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad,
Level 10, Block C, Menara Glomac, Kelana Business Centre,
97, Jalan SS7/2, 47301 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan
No. Tel: 03-7806 2300 Samb: 274 Faks: 03-7806 2532

Untuk keterangan lanjut boleh hubungi Pn Kartini Mohd Din/ En Mohd Taariq Mohd Mokhtar di talian 03-78062300 samb. 273 / 274.

Maklumat lanjut di https://www.iguarantee.com.my/iguarantee/index.htm

CGC telah ditubuhkan pada 1972, dengan Bank Negara Malaysia dan semua bank perdagangan sebagai pemegang-pemegang saham. Pemegang - pemegang saham semasa terdiri dari Bank Negara Malaysia, dan semua bank perdagangan yang beroperasi dengan lebih dari 2,600 cawangan di seluruh negara.

Objektif - Untuk membantu Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang tidak mempunyai cagaran atau yang kekurangan cagaran untuk mendapatkan pinjaman daripada institusi kewangan dengan menjamin pinjaman berkenaan.

CGC merangka dan menguruskan skim-skim jaminan khusus untuk membantu golongan usahawan kecil dan sederhana serta memastikan penglibatan aktif institusi-institusi kewangan di dalam perlaksanaan skim-skim jaminannya.

Selaras dengan usaha kerajaan untuk membantu PKS yang menjadi asas pembangunan perindustrian negara, CGC kini telah ditarafkan sebagai Institusi Kewangan Pembangunan.

CGC bekerjasama rapat dengan Bank Negara Malaysia (BNM) dari aspek operasi serta perkembangannya.

Tiada ulasan: