Muda Mohd. Noor July 27, 2011
Mereka perlu tubuh rumah dagang atau 'trading house' sendiri.
KUALA LUMPUR: Peniaga Melayu tidak boleh bergantung harap kepada pasar raya besar untuk memasarkan produk mereka tetapi sebaliknya, mereka perlu tubuh rumah dagang atau ‘trading house’ sendiri.
Presiden Dewan Perniagaan Melayu Kuala Lumpur (DPMKL), Datuk Syed Amin Al-Jefry menegaskan pasar raya besar tidak membantu secukupnya dalam memasarkan produk orang Melayu.
“Giant, Mydin dan Tesco mempunyai alasan untuk tidak menjual produk orang Melayu. Mereka boleh memberi alasan mutu produk untuk menolak produk orang Melayu. Kalau Tesco kata kueh Mek tidak laku apa yang Mek boleh buat,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini hari ini.
Beliau berkata berapa banyak peluang yang Tesco boleh beri kepada 500,000 peniaga Melayu. Jadi dewan dagang boleh mengatasi masalah ini. Dewan dagang ini boleh bersaing dengan Tesco, Mydin dan Giant.
“Produk orang Melayu tidak perlu lagi diletakkan di Giant kerana sudah ada rumah dagang. Rumah dagang perlu diadakan di seluruh negara sebagaimana dibuat oleh pasar raya besar itu.
“Tetapi untuk mewujudkan rumah dagang ini dana sebanyak RM50 juta diperlukan maka di sini kerajaan harus memberi sokongan termasuk wang kepada peniaga Melayu. Mana-mana peniaga di seluruh dunia tetap memerlukan bantuan kerajaan,” katanya.
Beliau turut mempertikaikan kaedah pemberian sokongan dan bantuan kerajaan kepada peniaga Melayu.
“Kerajaan tolong peniaga Melayu tetapi Melayu yang macam mana. Bukan kerajaan kurang tolong tetapi saluran mesti betul. Kaedah tidak betul, cara yang dipertikaikan dan kita minta kerajaan lebih serius bantu peniaga Melayu,” katanya.
http://www.freemalaysiatoday.com/2011/07/27/peniaga-melayu-tidak-boleh-harap-pasar-raya/

1 ulasan:
MEMANG BETUL USAHAWAN MELAYU TIDAK BOLEH HARAP PASAR RAYA KERANA PASAR RAYA TAK AMBIL BANYAK PRODUK TETAPI CUKUPLAH ORANG RAMAI TAHU PRODUK USAHAWAN MELAYU WUJUD DI PASAR RAYA (SEBAGAI PROMOSI. PRODUK USAHAWAN MELAYU KENA BERKUALITI SEKURANG-KURANGNYA PRODUK MAKANAN KENA TAHAN DALAM 1 SETENGAH KE 2 TAHUN. KENA BAYAK BUAT R & D SENDIRI. CARA PEMIKIRAN KENA BERUBAH, ILMU KEUSAHAWANAN KENA SENTIASA DI PERBAHARUI, CINTAKAN TEKNOLOGI, JANGAN TAKUT UNTUK BERBELANJA UNTUK MENGGUNAKAN TEKNOLOGI, JANGAN TERLALU BERGANTUNG DENGAN BANTUAN KERAJAAN, KENA BERPERSATUAN DENGAN KAUM-KAUM LAIN (1 MALAYSIA, HARGA KENA BERSESUAIAN DENGAN KEADAAN PASARAN DAN BILA DAH KAYA JANGAN MUDAH LUPA DIRI DAN JANGAN LUPA ISTERI DI RUMAH DAN JANGAN ASYIK NAK JADI TOKEY SAHAJA DAN KENA BELAJAR DAN MULA DARI BAWAH. BARULAH BOLEH BERJAYA DAN SATU LAGI KALAU TAK RETI BUAT SIMPAN KIRA UPAHLAH ORANG LAIN DAN BERNIAGALAH SECARA TUNAI KECUALI DAH TERJAMIN BAYARAN.yang penting sekali jangan suka berhasad dengki SEKIAN
Catat Ulasan