20110504

Peluang perniagaan di Mydin Hypermarket Terminal 2 Seremban



Peluang tapak perniagaan yang terdapat di Kompleks Perniagaan Terminal 2 (Era Square) Seremban kepunyaan Syarikat Era Baru Sdn Bhd.

Untuk makluman pihak Mydin Hypermarket akan membuka cawangan perniagaan mereka di Terminal 2 (Era Square) Seremban jangkaannya selewat-lewatnya pada akhir Julai 2011.

Oleh yang demikian, pihak Syarikat Era Baru Sdn Bhd. ingin memberi peluang kepada usahawan-usahawan yang berminat khususnya usahawan Melayu Bumiputera untuk membuka perniagaan mereka di kompleks mereka.

Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi :
Nor Shafnizam Bin Mat Salleh
Eksekutif Jualan
Era Baru Sdn Bhd
Property Management Division
Level 4, Terminal 2
Jalan Era Square 4
Era Square
70200 Seremban
Negeri Sembilan Darul Khusus

Tel: 06-7687680
Faks: 06-7687686
H/P: 019-2515607
Skype : Nizam T2

Mydin labur RM208 juta buka empat premis baru
Tuesday, April 26, 2011

PENGENDALI pasar raya besar Mydin, Mydin Mohamed Holdings Bhd, akan membuka empat premis perniagaan baru di negara ini sehingga akhir tahun ini dengan peruntukan sebanyak RM208 juta.

Pengarah Urusannya, Datuk Ameer Ali Mydin, berkata dua daripada premis berkenaan akan dibuka di sekitar Ipoh manakala dua lagi di di Seremban dan Johor Bahru.

“Premis di Seremban terletak di Terminal 2 Kompleks Era Baru dan di Nusajaya, Johor Bahru dijangka dibuka untuk perniagaan pada akhir Julai.

“Kami menyewa bangunan di kedua-dua lokasi terbabit, justeru pelaburan kami adalah rendah dengan masing-masing sebanyak RM10 juta dan RM8 juta,” katanya selepas membentangkan kertas kerjanya di Simposium PNB-MIDF sempena Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2011 di Ipoh, Perak, semalam.

http://www.smecorp.gov.my/node/2022





Tiada ulasan: