20110421

Pameran Satu Daerah Satu Industri, Mei Jun 2011 Seremban



Sempena cuti sekolah ini, akan diadakan Pameran Satu Daerah Satu Industri (SDSI) peringkat Negeri Sembilan di pusat beli belah Jusco Seremban 2.

Pameran ini akan bermula :
Pada 31 Mei 2011 - 5 Jun 2011 (Selasa - Ahad)
Dari jam 10.00 pagi - 10.00 malam.

Seramai 28 orang usahawan (3 wakil setiap daerah) akan terlibat dalam pameran tersebut.

Orang ramai dijemput hadir untuk memeriahkan pameran ini.

Terdapat pelbagai aktiviti akan dijalankan sepanjang tempoh pameran seperti pertandingan mewarna kanak-kanak, kuiz, pertunjukkan kebudayaan dan lain-lain lagi.

20110419

Kursus Pembungkusan, Sijil Halal 24, 25 Mei 2011 di N9



Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN), N.Sembilan dengan kerjasama SIRIM N.Sembilan akan mengadakan program-program di bawah :

Kursus Asas Teknologi Pembungkusan dan Perlabelan
Tarikh : 24 Mei 2011 (Selasa)
Masa : 8.30 pagi - 5.00 petang
Tempat : Bilik Latihan SIRIM N.Sembilan, No. 7-2, Senawang Business Park, N.Sembilan

Kursus Asas Pensijilan Halal Siri 1/2011
Tarikh : 25 Mei 2011 (Rabu)
Masa : 8.30 pagi - 5.00 petang
Tempat : Bilik Latihan SIRIM N.Sembilan, No. 7-2, Senawang Business Park, N.Sembilan

Tempat adalah TERHAD. TARIKH TUTUP permohonan adalah 2 MEI 2011. Sebarang maklumat lanjut mengenai perkara ini, sila berhubung dengan Pn. Azlina Binti Sharif di talian 06-679 1511.

Sumber http://pmdrembau-v1.blogspot.com/2011/04/kursus-anjuran-sirim-negeri-sembilan.html

20110405

PENGUSAHA CATERING

Pengusaha Catering dari Nilai Blog http://risyaexpressions.blogspot.com Syahidatul Hidayah syahida1983@yahoo.com +60.16.635.1657, YM ID : syahida1983 www.facebook.com/Risya-Expression-Enterprise

20110401

Tawaran Sertai Sambutan Hari Peladang N9 Julai 2011


SAMBUTAN HARI PELADANG, PENTERNAK DAN NELAYAN PERINGKAT NEGERI SEMBILAN


Di Tapak Lama Kem Paroi , Seremban


Pada 23 hingga 29 Julai 2011 (Sabtu-Jumaat)


Usahawan bumiputera Negeri Sembilan di jemput untuk menyertai dan menempah booth/gerai dan tapak pameran. Berikut adalah senarai harga tempahan booth/ gerai/ tapak pameran dan jualan :


1. Booth Pameran/ Jualan Jabatan/ Agensi Kerajaan/ Syarikat Swasta/ GLC/Syarikat dan Agensi Pelancongan = RM 1,000.00


2. Gerai Pameran/ Jualan Jentera/ Mesin/ Peralatan Pertanian dan Industri Asas Tani = RM 1,000.00 dgn Platform RM 800.00 Tanpa Platform


3. Booth Jualan Produk Industri Asas Tani, Fabrik dan Pelbagai = RM 1,000.00


4. Gerai Jualan Produk Segar dan Flora Fest = RM 1,000.00


5. Gerai Jualan Makanan dan Minuman = RM 1,000.00


6. Tapak Mobile Unit = RM 200.00 / Caravan


Borang-borang boleh didapati di pejabat Unit Perancang Ekonomi Negeri Sembilan melalui Encik Mohd Zulazly bin Samat No Telefon 06-7659969 atau 016-6710870. Segala pembayaran hanya dilakukan secara tunai / wang pos / bank deraf atau pesanan kerajaan. Pembayaran melalui cek persendirian tidak dibenarkan.